Friday, 22 April 2011

~KANSER RAHIM~

INFO SIHAT 

Kanser rahim adalah kanser yang kedua paling penting di dalam organ reproduktif wanita selepas kanser pangkal rahim. Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kejadian kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi. Kadar kejadian kanser rahim tidak setinggi di negara-negara Barat. Di negara-negara Barat seperti Amerika, Kanser Rahim adalah kanser wanita yang paling utama selepas kanser payudara. 

Di Malaysia insiden kanser rahim adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berusia 60-69 tahun dengan kadar 29.7 di dalam 100,000 populasi. Ianya didapati lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbangsa Cina dan India jika dibandingkan dengan wanita berbangsa Melayu. 

APA ITU KANSER RAHIM 

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim ( serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus . Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.


Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma.

Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu :
  1. Kanser yang berasal dari selaput dinding rahim dinamakan  Kanser Endometrium
  2. Kanser yang berasal dari otot dinding rahim  dinamakan Liomiosarkoma (Leiomyosarcoma)
  3. Kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan Karsinosarkoma (”Carcinosarcoma”)
  4. Kanser yang berasal dari stroma selaput rahim yang dinamakan ”Endometrial stromal sarcoma”

RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUM
 
Kejadian kanser endometrium mempunyai kaitan yang rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon wanita yang dipanggil estrogen. Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser endometrium.

Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium :
  • Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama di  lapisan lemak badan
  • Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul 
  • Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi 
  • Wanita yang menghidap penyakit kencing manis 
  • Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita 
  • Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga  risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari  mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim. 
  • Wanita yang mengambil hormon estrogen yang  berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu  mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau  bagaimanapun jika  sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini perlu diambil bersama hormon  progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil  hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil  hormon selepas putus haid perlu mendapat pandangan Pakar Sakitpuan.
 
SAYANGILAH RAHIM ANDA!!!
 
TAHUKAH ANDA!!!
CORSET PREMIUM BEAUTIFUL
BOLEH MENCEGAH TERJADINYA KANSER RAHIM
 
HANYA ANDA YANG BOLEH
MENGUBAH HIDUP ANDA
 
 
leh contact dila utk tahu lebih lanjut
019-398 7835
email
dila.yahya1@facebook.com 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...